[Berita Harian Online] Peruncit Mothercare Sasar Buka Lima Cawangan Baharu

KUALA LUMPUR: Kim Hin Joo (Malaysia) Bhd, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 8 Julai ini, merancang untuk membuka lima cawangan baharu Mothercare dalam tempoh tiga tahun ini.

Daripada jumlah itu, dua cawangan butik jualan produk bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung (BCM) itu akan dibuka pada suku ketiga tahun ini masing-masing di pusat beli belah Sunway Velocity Mall di Cheras dan Empire Shopping Gallery di Subang.

Pengerusinya, Pang Kim Hin, berkata dana pembukaan semua cawangan baharu itu akan dijana menerusi tawaran awam permulaan (IPO) kumpulan sebanyak RM32.7 juta, yang mana 61.2 peratus atau RM20 juta akan digunakan untuk tujuan pengembangan perniagaan.

Ketika ini, syarikat berkenaan sudah mempunyai 17 cawangan Mothercare di beberapa negeri di seluruh negara antaranya di Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Kim Hin berkata, RM5 juta akan diperuntukkan bagi tujuan membuka cawangan pertama kedai permainan kanak-kanak jenama The Entertainer dari United Kingdom di Lembah Klang pada suku pertama tahun depan.

Katanya, beliau melihat Kim Hin Joo belum meneroka segmen produk permainan kanak-kanak, dengan sumbangan daripada segmen itu kepada pendapatan syarikat hanya sebanyak tujuh peratus walaupun sektor itu menawarkan potensi yang besar.

“Kami kini sedang dalam perbincangan untuk memuktamadkan perjanjian pembangunan bersama The Entertainer UK, dengan kedua-dua pihak dijangkakan menandatangani perjanjian pembangunan pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Kim Hin Joo adalah saham patuh Syariah dan IPO syarikat itu membabitkan terbitan awam sebanyak 76 juta saham baharu atau 20 peratus daripada modal saham diperbesarkan kumpulan, yang menawarkan jualan 57 juta saham sedia ada atau 15 peratus daripada modal sahamnya yang diperbesarkan pada harga terbitan 43 sen sesaham.

Daripada jumlah terbitan awam, 19 juta saham diperuntukkan kepada orang awam Malaysia melalui pengundian, 10 juta saham kepada yang layak dan baki 47 juta saham baharu diperuntukkan untuk tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih.

cheap air max|cheap air jordans|pompy wtryskowe|cheap nike shoes| bombas inyeccion|cheap jordans|cheap jordan shoes|wholesale jordans|cheap jordan shoes|cheap dunk shoes|cheap jordans|wholesale jewelry china|cheap nike shoes|wholesale jordans|cheap wholesale jordans|cheap wholesale nike|cheap wholesale jerseys